BREAKDOWN MASALAH

MASIH URUS TEMPAHAN MANUAL GUNA WHATSAPP?

Ramai owner atau agent bisnes printing struggle sebab flow bisnes mereka tak sistematik bila tak ada sistem / website. Pernah tak anda sendiri mengalami msalah seperti dibawah ini.

ORDER BERCAMPUR - SUSAH NAK URUS

Order datang dari WhatsApp, Instagram, Telegram TikTok - Semua tempat lain-lain. Susah nak trace bila pelanggan tanya "Order saya dah siap ke?"

PENAT JAWAB SOALAN SAMA SETIAP HARI

Customer tanya benda sama - Harga, material, tempoh siap, lokasi. Owner / agent kena copy-paste mesej sama hari-hari.

TIADA SISTEM SEMAKAN ORDER / STATUS PRINT

Customer suka tanya, "dah siap ke?, "bila boleh ambil ya?", "berapa lagi baki haritu?" -- Admin pun susah nak semak balik status bila order dah banyak.

HILANG ORDER PELANGGAN KETIKA BUAT MANUAL

Kena semak satu-satu, update dalam Excel atau buku. Susah nak kira jumlah order, income mingguan dan kerja semak invois.

SUSAH NAK KEMBANGKAN BISNES (SCALE UP)

Semua kerja manual. Tak boleh hire staff baru sebab sistem tak ada. Nak buat promo online pun susah sebab tiada tempat nak hantar trafik.

TAK BOLEH TUNJUK HASIL KERJA DENGAN PROPER

Gambar hasil print hanya ada dalam galeri telefon. Paling tak pun dalam IG atau Telegram. Susah nak sorting mengikut kategori produk atau design.

SOLUSI KAMI

MACAM MANA KAMI BANTU?

Antara beberapa point utama kami untuk menyelesaikan masalah anda.

Nampak Lebih Profesional & Trusted

Website bagi first impression yang kuat — bila pelanggan nampak ada laman rasmi, mereka lebih yakin nak buat tempahan.

Boleh Terima Order 24 Jam

Pilih jenis produk (banner, baju, sticker dll) > Upload design > Buat bayaran terus

Tak perlu tunggu admin reply WhatsApp.

Mudah Ditemui di Google

Website boleh naik dalam carian seperti “print banner murah Kuala Terengganu” atau “t-shirt printing student price”. Bila orang cari servis printing — anda muncul dulu.

Kurangkan Soalan Berulang

  • FAQ (soalan lazim)
  • Senarai harga & contoh produk
  • Cara tempahan

Jadi pelanggan boleh baca sendiri sebelum tanya. Jimat masa team.

Bina Database Pelanggan

Bila orang order, sistem boleh simpan:

Nama, Nombor telefon, Email, Produk yang dibeli

Boleh guna data ni untuk remarketing nanti (contoh: promosi baju batch baru, diskaun printing sempena raya, dll).

Senang Tunjuk Harga & Pakej

Tak perlu explain satu-satu dalam WhatsApp. Masukkan semua harga, contoh design, dan pakej terus dalam website — pelanggan boleh tengok sendiri.

HARGA PAKEJ

ANTARA PAKEJ KAMI

MT-Basic
RM 4999 one off payment
Registration Domain & Hosting
Registration Payment Gateway
Available 20 Product, Variations & Calculations.
Basic Pages include Home, Product / Services, Pricelist, Catalogue & others pages.
Payment Method - FPX Online Payment, Credit / Debit Card.
Whatsapp Support.
MT-Pro
RM 5999 one off payment
Registration Domain & Hosting
Registration Payment Gateway
Available 50 Product, Variations & Calculations.
Basic Pages include Home, Product / Services, Pricelist, Catalogue & others pages.
Payment Method - FPX Online Payment, Credit / Debit Card.
Whatsapp Support.
MT-Premium
RM 7999 one off payment
Registration Domain & Hosting
Registration Payment Gateway
Available UNLIMITED Product, Variations & Calculations.
Basic Pages include Home, Product / Services, Pricelist, Catalogue & others pages.
Payment Method - FPX Online Payment, Credit / Debit Card.
Whatsapp Support.
FAQ Accordion

SETUP INFORMATION

1. Apa kelebihan ada website untuk bisnes printing saya?

Website bantu pelanggan tengok servis & harga tanpa perlu tanya WhatsApp. Ia juga beri imej profesional, kumpul order automatik, dan jimat masa untuk urusan seharian.

2. Boleh tak website saya terima tempahan custom (macam tempahan banner, baju, kad kahwin)?

Boleh. Kami boleh setup borang custom order supaya pelanggan boleh upload design, pilih saiz, kuantiti, dan terus submit untuk sebut harga.

3. Saya dah ada Instagram / WhatsApp Business, perlu ke website?

Perlu — sebab website ialah “kedai online tetap” yang boleh kumpul semua info bisnes, harga, dan testimoni. Media sosial bantu tarik trafik, tapi website bantu convert pelanggan.

4. Berapa lama ambil masa untuk siapkan website printing saya?

Kebiasaannya antara 14–60 hari bekerja, bergantung pada bahan (gambar, senarai produk, info servis) yang disediakan oleh anda.

5. Boleh saya update sendiri harga dan produk lepas website siap?

Boleh. Kami akan ajar cara update sendiri supaya anda tak perlu bayar maintenance untuk ubah harga atau tambah produk.

6. Macam mana saya tahu website saya muncul di Google?

Kami bantu setup basic SEO supaya website anda boleh muncul di carian seperti “printing banner Kota Bharu”.

PORTFOLIO

ANTARA GALERI KAMI